Panggilan Video Grup

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Memperkenalkan Panggilan Video Grup

Kemaskini hari ini membolehkan anda buka kamera anda atau kongsi skrin anda ketika Berbual Suara dalam grup - pada semua jenis peranti, termasuk tablet dan desktop. Ini membawa bual suara ke tahap yang baru, boleh digunakan untuk kelas di talian, perjumpaan bisnes dan perhimpunan famili.

Kami juga memperkenalkan latar belakang beranimasi, mesej beranimasi yang bergaya dan banyak lagi – cukup untuk mengisi pos blog kedua.

Panggilan grup video

Bual suara di mana-mana grup kini boleh, tanpa batasan, bertukar ke panggilan grup video - hanya dengan tekan ikon kamera untuk buka video anda.

Tekan pada mana-mana video untuk menukarnya kepada skrin penuh. Jika anda semat video, ianya akan kekal di skrin bila pengguna baru sertai panggilan dan buka kamera mereka.

Untuk mula bual suara, pergi ke menu ⋮ di profil mana-mana grup di mana anda adalah pentadbir (di iOS, anda akan nampak butang ‘Bual Suara’ dalam profil grup).

Sementara tiada had bagi peserta audio-sahaja, hanya 30 peserta pertama yang menyertai bual suara boleh mengguna video. Had ini akan nanti ditambah apabila bual suara digunakan untuk penstriman permainan, acara langsung dan lain-lain.

Perkongsian skrin

Selain dari penggunaan kamera, anda juga boleh kongsi skrin anda - atau kedua-duanya sekali.

Untuk kongsi skrin anda, tekan ⋮ or ⋯ dari mana-mana aplikasi dan pilih dari menu.

Opsyen pengurangan bising

Kami telah keluarkan pengurangan bising di bual suara untuk mudah mendengar audio berkualiti tinggi setiap peserta, walaupun anda sedang makan sesuatu yang rangup. Kami juga menambah togal untuk menutup pengurangan bising di aturan – untuk suatu ketika di mana mengunyah mempunyai makna.

Aturan pengurangan bising

Sokongan tablet dan desktop

Tablet dan komputer mempunyai ruang skrin yang lebih luas dan menawarkan lebih banyak pilihan paparan – tekan untuk buka panel tepi dan lihat grid video yang mempunyai paparan skrin dipisah dan senarai peserta, dioptimakan untuk kedua-dua orientasi potret dan landskap.

Bual suara pada desktop dibuka di tingkap berlainan, agar anda dapat menaip dan bercakap dalam masa yang sama tanpa mengecilkan apa-apa. Aplikasi desktop juga mempunyai perkongsian skrin terpilih supaya anda boleh menyiarkan program individu dan bukannya keseluruhan skrin.

Bila anda guna aplikasi desktop, sesiapa yang mulakan perkongsian skrin akan disemat secara automatik. Ini amat berguna apabila pasukan kecil bertemu untuk menyelaraskan tugas mereka.

Dan lagi?

Itu sahaja untuk hari ini… Eh tidak, tunggu! Sebenarnya kami mempunyai dua kemaskini dan bukannya satu:

Baca untuk pelajari tentang Latar Belakang Beranimasi dan lagi.


25 Jun 2021
Pasukan Telegram

Berita Lain