Program Afiliasi

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris

Juruprogram boleh membuka program afiliasi untuk apl mini mereka – membolehkan pencipta kandungan, juruprogram apl mini lain dan mana-mana pengguna Telegram untuk mempromosikannya dan mendapat komisen atas pembelian yang dibuat oleh orang yang mereka rujuk.

Menyertai Program Afiliasi

Pengguna Telegram boleh menyemak senarai program afiliasi aktif dari baki Star mereka di Tetapan > Star Saya. Di sini mereka boleh menyusun program dalam senarai mengikut tarikh permulaan, jumlah hasil atau potensi keuntungan dan menyertai mana-mana program yang mereka inginkan. Tiada had pada bilangan program yang boleh disertai oleh pengguna.

Menyertai program menghasilkan link unik untuk anda gunakan. Apabila mencipta link, anda memilih baki Star untuk disambungkan kepada link anda – baki akaun peribadi anda, atau sebagai alternatif, baki saluran yang anda miliki atau aplikasi mini yang anda reka.

Ini menentukan di mana Star dari komisen anda akan dikirim dan bagaimana mereka boleh dibelanjakan. Pastikan untuk mempertimbangkan dengan teliti sebelum memilih, kerana Star tidak boleh dipindahkan antara baki. Sebagai contoh, Star yang dikirim ke baki peribadi anda boleh digunakan untuk membeli produk atau langganan dalam aplikasi mini – tetapi mereka tidak boleh digunakan untuk mencipta pemberian dalam saluran anda atau meningkatkan had untuk aplikasi mini anda.

Anda boleh mencipta link tambahan untuk program yang sama untuk memperoleh Star pada pelbagai baki – seperti untuk saluran atau apl mini anda, selain daripada akaun peribadi anda.

Berkongsi Link Rujukan Anda

Setelah anda mempunyai link rujukan, anda boleh berkongsi di mana-mana sahaja – baik di dalam mahupun di luar Telegram. Apabila pengguna lain memulakan apl mini buat kali pertama melalui link rujukan anda, semua pembelian yang mereka buat di sana dengan Telegram Star akan menjana komisen untuk anda.

Pencipta kandungan dan juruprogram aplikasi mini boleh menggunakan platform mereka untuk mempromosikan link mereka dengan memasukkannya dalam pos saluran atau interfes aplikasi mini. Anda juga boleh mengepos link anda di laman media sosial, menambahkannya ke stori anda, berkongsi dalam grup rakan atau menukarkannya kepada kod QR yang boleh diimbas.

Pastikan untuk berkongsi link anda secara bertanggungjawab – mengirim link rujukan anda kepada orang yang tidak dikenali atau mengeposnya dalam grup awam boleh menyebabkan sekatan sementara pada akaun anda.

Menerima Komisen

Mana-mana pengguna Telegram yang memulakan apl mini buat kali pertama selepas mengikuti link rujukan akan dianggap sebagai rujukan berjaya – dan sebarang pembelian yang mereka buat dengan Telegram Star akan mendapat komisen untuk afiliasi yang berkenaan.

Anda akan dapat menerima komisen untuk sepanjang tempoh komisen yang ditetapkan oleh pencipta program. Sebagai contoh, jika pengguna yang anda perkenalkan luncur apl mini yag relevan pada 1 Januari di bawah tempoh komisen 30 hari, anda akan terima komisen dari pembelian pengguna tersebut sehingga 31 Januari.

Star daripada komisen pergi terus ke baki Star afiliasi – yang kemudian boleh digunakan untuk membeli produk digital dan langganan, membuka kunci konten berbayar dalam saluran, mengirim hadiah kepada kenalan dan banyak lagi.

Menggunakan Telegram Star

Telegram Star boleh digunakan di seluruh aplikasi Telegram – dengan banyak kegunaan untuk juruprogram aplikasi mini, pemilik saluran dan pengguna biasa. Untuk membantu anda menentukan baki Star mana yang hendak digunakan semasa menjana link rujukan, di bawah adalah senarai semua cara Star boleh dibelanjakan.

Dari Baki Anda
Dari Baki Saluran
Dari Baki Aplikasi Mini

Mewujudkan Program Afiliasi

Juruprogram boleh memulakan program afiliasi dari halaman profil aplikasi mini mereka. Apabila mewujudkan program tersebut, juruprogram menetapkan kadar komisen dan tempoh komisen untuk kempen tersebut. Kadar tersebut menentukan berapa peratus afiliasi akan menerima daripada pembelian yang layak. Tempoh tersebut menentukan berapa lama afiliasi akan menerima komisen daripada pembelian yang layak.

Setelah program dicipta, kadar komisen dan tempohnya hanya boleh dinaikkan dari nilai asalnya. Jika anda ingin mengurangkan nilai ini, anda perlu menamatkan program tersebut dan mencipta yang baru. Hanya akaun Telegram yang memiliki apl mini boleh mencipta, mengubah atau menamatkan program afiliasinya.

Program afiliasi ditujukan untuk aplikasi mini yang menawarkan produk digital untuk Telegram Star. Produk fizikal yang dijual melalui penyedia pembayaran pihak ketiga tidak memberikan komisen untuk afiliasi – lihat Terma Servis untuk maklumat lanjut.

Soalan Lazim:

S: Bolehkah saya menukar baki Star yang disambungkan ke link rujukan saya?

Tidak – selepas mencipta link rujukan anda, tidak mungkin untuk menukar baki yang menerima komisen daripada orang yang anda rujuk melalui link itu. Untuk melakukannya, anda perlu mendapatkan link baru dan memilih baki pilihan anda untuknya.

Anda boleh melakukannya pada bila-bila masa melalui Tetapan > Star Saya > Dapatkan Star > Program Saya – tekan program untuk menunjukkan link anda, kemudian tekan profil di bawah 'Komisen akan dikirim kepada' untuk memilih baki yang anda mahu link baru gunakan. Perhatikan bahawa melakukannya akan mengeluarkan link baru dengan URL yang berbeza.

Link anda yang terdahulu akan masih berfungsi – dan anda boleh mengaksesnya dengan cepat dengan menukar kembali kepada profil tersebut di bawah 'Komisen akan dikirim kepada'. Oleh itu, boleh juga untuk menggunakan pelbagai link rujukan untuk satu program – membolehkan mana-mana bot dan saluran anda menerima Star, selain daripada akaun peribadi anda.

S: Bagaimana saya menghentikan program afiliasi aplikasi mini saya?

Setelah dicipta, program afiliasi akan kekal aktif sehingga dihentikan secara manual oleh pencipta program melalui Profil Aplikasi Mini > Sunting > Program Afiliasi > Tamatkan Program Afiliasi. Sekitar 24 jam selepas penamatan manual, semua link rujukan aktif yang terikat dengan program tersebut akan dibatalkan.

Walau bagaimanapun, ahli afiliasi akan mengekalkan semua komisen yang mereka peroleh sebelum program itu ditamatkan. Selain itu, pembelian masa depan oleh pengguna yang dirujuk oleh ahli afiliasi yang menyertai semasa program itu aktif akan terus menjana komisen untuk ahli afiliasi tersebut sehingga tempoh komisen yang ditetapkan pada asalnya telah tamat.

Sebagai contoh, jika program afiliasi mempunyai tempoh komisen selama 30 hari, dan pengguna yang anda perkenalkan luncur apl mini yang relevan pada 1 Januari, anda akan terima komisen dari pembelian mereka sehingga 31 Januari. Jika seorang lagi pengguna sertai pada 14 Januari, anda akan terima komisen sehingga 13 Februari. Jika pencipta menamatkan program pada 15 Januari, tiada ahli baru yang boleh menyertai afiliasi, tetapi ahli afiliasi sediada yang menyertai sebelum penamatan akan terus menerima komisen sehingga berakhirnya tempoh tamat komisen masing-masing.

S: Bolehkah saya meninggalkan program afiliasi?

Ya – jika anda tidak lagi ingin menyertai sebagai ahli afiliasi, anda boleh meninggalkan program melalui Tetapan > Star Saya > Dapatkan Star. Hanya tekan dan tahan program dalam senarai anda dan tekan 'Tinggal' – ini akan membatalkan link semasa anda. Jika anda berubah fikiran kemudian, anda sentiasa boleh menyertai semula program jika ia masih aktif.