Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Semua pengguna boleh dengan mudah cipta folder bual tersuai hingga ke 200 bual — dan kongsinya dengan kawan, rakan sekerja atau pengikut anda dengan mengirim satu link. Dengan hanya satu tekan, penerima boleh dengan mudah sertai setiap grup dan saluran dalam folder.
Ini juga membuka peluang proses orientasi untuk syarikat, membolehkan pemberita dan pakar untuk dengan cepat kongsi senarai sumber dan komuniti berita yang disusun , dan banyak lagi.
Mana-mana folder boleh punyai link berbilang yang berkongsi jenis bual berlainan.
Untuk mencipta folder bual, sila ke Aturan > Folder Bual di mana-mana aplikasi Telegram. Pilih bual yang anda ingin rangkumi, dan beri ianya nama – folder anda akan terpapar sebagai tab berlainan dalam senarai bual anda, seperti Kerja atau Berita.
Folder bual boleh mempunyai sehingga 200 bual setiap satu – dan mana-mana bual boleh ditambah ke folder berbilang.
Jika anda ingin kongsi folder anda dengan pengguna, jangan rangkumi atau kecualikan 'Jenis Bual’ seperti 'Grup', 'Saluran' atau 'Belum Dibaca'.
Untuk kongsi folder anda, tekan lama pada nama folder dalam senarai bual anda dan pilih ‘Kongsi’ – atau buka folder dalam Aturan > Folder Bual. Ini akan mencipta link jemputan baru untuk folder anda. Anda boleh pilih bual yang mana dari folder yang akan tersedia kepada pengguna yang mempunyai link ini.
Tekan pada Android atau pada iOS untuk memberi link nama khusus atau jana kod QR.
Folder yang guna penapis seperti 'Grup', 'Saluran' atau 'Dibaca' tidak boleh dikongsi.
Bila mencipta link jemputan, anda boleh pilih mana-mana grup atau saluran awam dan juga grup dan saluran peribadi di mana anda mempunyai permisi untuk jemput pengguna. Pengguna individu dan bot tidak boleh dikongsi bersama dengan folder, tetapi pengguna boleh tambah mereka secara manual di masa depan.
Berkongsi folder dengan seseorang membolehkan mereka untuk sertai secara terus semua bual di dalamnya – walaupun bual yang selalunya memerlukan Permohonan Menyerta (untuk ini, hanya pentadbir boleh tambah bual awam dengan permohonan mneyertai ke folder boleh dikongsi).
Selepas memilih bual, anda boleh salin link jemputan atau dengan segera kongsinya. Bila penerima mengikuti link tersebut, mereka akan menerima jemputan dan pratonton folder – selepas menerima, mereka akan dimasukkan ke setiap bual dan folder akan terpapar di senarai bual mereka. Jika mereka keluarkan folder di masa depan, mereka juga boleh keluar dari semua bual di dalam folder hanya dengan satu tekan.
Bual yang anda tidak boleh kongsi dengan link akan terus berada dalam folder versi peribadi – anda boleh terus menggunanya seperti biasa.
Folder boleh mempunyai sehingga 100 link jemputan unik – setiap satu memberi akses kepada bual berlainan. Sebagai contoh, anda mungkin mencipta link ‘Pengurus’ yang berkongsi semua bual dari folder Kerja, sementara ‘Pelatih’ membuka hanya 2 atau 3.
Juga, seseorang yang folder ‘Berita’nya mempunyai saluran dalam berbilang bahasa mungkin ingin mencipta link berlainan untuk Inggeris dan Sepanyol – atau satu untuk Berita Dunia dan satu lagi untuk Berita Tempatan.
Anda boleh naik taraf tahap akses mana-mana pengguna yang menambah folder anda dengan mengirim mereka link berlainan - mereka akan dapat peluang untuk tambah bual yang mereka tiada ke folder yang sama.
Anda boleh dengan mudah mengurus tahap akses berlainan dengan memberi setiap link jemputan nama tersendiri. Untuk melakukan itu, tekan lama nama folder anda dan pilih Sunting folder, kemudian tekan pada link > pada Android atau pada iOS > Sunting nama.
Nama link yang anda pilih adalah peribadi dan tidak akan dapat dilihat oleh pengguna lain.
Bila anda tambah bual baru ke folder anda, mereka tidakakan secara automatik terpapar untuk pengguna yang tambah folder melalui link jemputan. Ini sangatlah berguna, sekiranya anda perlu untuk tambah setengah bual untuk keselesaan anda.
Jika anda ingin folder dikemaskini untuk pengguna lain, anda boleh kemaskini link jemputan semasa,dan menambah bual baru. Sesiapa yang guna link akan terima gesaan untuk sertai bual baru.
Untuk kemaskini link, pilih folder dari Aturan > Folder Bual, tekan link, kemudian pilih bual baru yang anda ingin rangkumi.
Selepas pengguna tambah folder anda melalui link jemputan, mereka boleh menyesuaikannya dengan menukar namanya, menambah bual mereka sendiri atau mengeluarkan bual yang lain. Sebagai contoh, pengguna yang tambah folder Kerja yang anda kongsi dengan mereka boleh menambah folder bual 1-dengan-1 dengan rakan sekerja dari jabatan mereka sendiri.
Bual baru yang anda tambah ke dalam folder tidak akan dikongsi secara automatik. Jika anda secara manual kemaskini link jemputan, pengguna yang tambah folder anda akan menerima cadangan untuk sertai bual baru.
Semua pengguna Telegram boleh tambah 2 folder boleh dikongsi, setiap satu mengandungi sehingga 100 bual – untuk sertai rakan sekerja atau kongsi minat dengan kawan. Pelanggan Telegram Premium dapat membuka 20 folder boleh dikongsi dengan sehingga 200 bual setiap satu, dan boleh cipta sehingga 100 link jemputan berlainan untuk setiap folder.
Seperti dengan semua ciri Telegram Premium, ini hanyalah titik permulaan– kebolehberfungsian yang lebih canggih dengan kemaskini di masa hadapan boleh dijangka.
Pelanggan Premium juga terbuka kepada opsyen Pengurusan Lanjutan Bual – seperti mengeset folder paras asal.