Bual Suara yang Sewajarnya dan Banyak Lagi

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Bual Suara Sewajarnya

Semenjak tahun 2013, kami telah meluaskan definisi Grup Bual, menambah baik ciri-ciri seperti jawab, seru dengan notifikasi pintar, undian lanjutan, alat pentadbir, statistik grup – dan membolehkan beratus ribu ahli untuk setiap grup. Banyak dari ciri-ciri ini kemudian dimasukkan ke dalam aplikasi lain dan membantu definasi baru bagaimana manusia berkomunikasi.

Hari ini, grup Telegram memperkenalkan dimensi baru dengan Bual Suara - panggilan persidangan berterusan di mana ahli boleh sertai dan keluar pada bila-bila masa. Kemaskini ke 12 kami pada tahun 2020 membawa pengguna tepat pada masa untuk perayaan tahun baru secara jarak jauh.

KEMASKINI Mac 2021: Jangan terlepas untuk lihat Bual Suara 2.0: Saluran, Jutaan Pendengar, Rakaman Bual, Alatan Mengurus.

Bual Suara

Mana-mana grup Telegram kini boleh menjadi ruang bual suara yang sentiasa aktif. Bual Suara dijalankan selari dengan teks dan komunikasi berasaskan media yang ada, menambahkan lapisan langsung perbincangan singkat untuk grup. Ianya boleh digunakan sebagai ruang pejabat maya untuk pasukan atau ruang santai tidak rasmi untuk mana-mana komuniti.

Walaupun Bual Suara bukan panggilan grup, ianya dapat mencapai tujuan yang serupa - pada masa yang sama menawarkan fleksibiliti dan bukannya penjadualan sekolah lama. Dalam grup yang lebih besar, ianya juga menyediakan peluang unik untuk berbicara dengan pengguna lain.

Grup dengan bual suara yang aktif mempunyai bar khas di bahagian atas yang memaparkan siapa yang bercakap pada masa ini (dan berapa kuat mereka bercakap). Ini dapat membantu anda memilih masa yang tepat untuk sertainya - seperti memerhatikan rakan anda pergi ke penyejuk air.

Setelah menyertai bual suara, anda bebas bergerak di sekitar aplikasi, melayari perbualan dan mengirim mesej. Anda akan terus dihubung ke bual dan kawalan mikrofon akan berada di skrin supaya anda boleh senyapkan dan bunyikan diri anda dengan cepat pada bila-bila masa.

Jika anda menggunakan Android, anda boleh menikmati pengalaman Bual Suara dengan widjet terapung di seluruh sistem yang menunjukkan kawalan mikrofon anda dan siapa yang sedang bercakap, walaupun Telegram berada di latar belakang. Santa juga menggunakan Android - dan dia memerlukan navigator kereta luncurnya sentiasa terbuka.

Anda boleh bual dengan sesiapa sahaja yang berada dalam talian atau menjemput lebih ramai orang melalui menu tersedia. Bual Suara dapat menampung beberapa ribu peserta, ini bermakna ianya boleh digunakan untuk apa jua tujuan, dari berunding dengan ahli keluarga semasa berbelanja di pasar raya hingga ke acara langsung melibatkan ramai peserta.

Akhir sekali, Bual Suara menunjukkan animasi menakjubkan. Untuk mendapatkan hak ini, juruprogram kami terpaksa menjual jiwanya kepada hantu - dan kami fikir ianya berbaloi.

Untuk mencipta bual suara dan mencari cara unik untuk menggunakannya, buka profil mana-mana grup di mana anda adalah pentadbir, ketuk (⋯) atau (⋮) dan pilih Mulakan Bual Suara.

Seperti grup Telegram sebelum ini, kami berharap Bual Suara akan mengubah cara manusia berkolaborasi dan berhubung di antara satu sama lain. Dalam beberapa minggu lagi, kami akan terus menambah baik, mendengar maklum balas anda, meningkatkan penghapusan kebisingan, dan menambah lebih banyak ciri seperti video dan perkongsian skrin.

Jalan Pendek Tolak-untuk-Cakap

Di Telegram Desktop dan aplikasi macOS natif, anda boleh pilih kunci tolak-untuk-cakap untuk kawal mikrofon anda dalam bual suara walaupun Telegram tidak difokus. Akhirnya, kami telah jumpa kegunaan untuk butang Huruf Besar anda.

Garis Luar Stiker

Stiker beranimasi di Telegram dioptimakan untuk kecekapan dan memberi animasi 180 bingkai lancar dengan resolusi tanpa batas kurang dari 50 KB.

Dengan kemaskini hari ini, stiker akan memuat lebih cepat daripada sebelumnya - dan menunjukkan garis luar yang berkilauan untuk apa yang akan anda lihat. Berhati-hati untuk jangan mengelip mata anda, kalau anda tidak mahu ketinggalan.

Storan kad SD di Android

Pengguna di peranti Android kini boleh memindahkan data aplikasi Telegram mereka dari storan dalaman ke kad SD mereka. Ini membolehkan mereka yang mempunyai storan minima untuk simpan lebih banyak media dan fail bagi memaksimakan pengalaman Telegram mereka.

Aturan Penggunaan Storan

Harus diingati anda sentiasa dapat simpan jejak storan Telegram pada peranti anda, dengan ruang yang tersangat kecil. Lihat Aturan > Data dan Storan > Penggunaan Storan untuk lebih banyak idea.

Animasi Baru di Android

Kami telah tambah animasi baru licik di seluruh aplikasi Android - ketika mengetuk butang Mesej Baru, membuka profil, menguruskan folder bual dan di mana sahaja anda lihat pembilang mesej.

Umum Mesej di iOS

Sekiranya anda menggunakan iOS, anda boleh meminta Siri membaca mesej masuk dengan kuat di fon kepala anda. Buka Aturan iOS > Notifikasi > Umum Mesej dan set Telegram ke HIDUP untuk terus mengikuti bual anda walaupun sedang mencuci pinggan.

Penambahbaikan Menyunting

Pengguna Android kini boleh dengan cepat menyunting foto yang mereka telah kirimkan untuk tambah efek, lukisan atau stiker dengan editor media perkasa kami. Pengguna iOS dapat mengetuk butang pen, sunting dan kirim kembali foto yang mereka terima dengan pantas.

Setiap ciri sebelum ini hanya tersedia di salah satu platform, tetapi sekarang iOS dan Android menawarkan peluang yang sama untuk melukis misai pada suafoto.

Penambahbaikan Penyuntingan di iOS and Android

Bila menyunting mesej atau kapsyen, ketika anda menghampiri jumlah maksima panjang mesej, pembilang akan muncul menunjukkan berapa banyak baki abjad yang masih tinggal.

Lagi Emoji Beranimasi

Kemaskini tidak akan lengkap tanpa lebih banyak emoji beranimasi. Seperti biasa, hantarkan mesej dengan satu emoji untuk mendapatkan salah satu dari 👇 dalam bual.

Terdapat kisah di ceruk sana mengenai koboi siber yang menyelesaikan misteri pembunuhan.

Platform Cadangan Ciri

Banyak ciri Telegram bermula dari cadangan pengguna. Untuk membantu mengenal pasti potensi ciri baru dan mencari kutu dalam aplikasi, kami telah melancarkan untuk awam Platform Kutu dan Cadangan.

Ambil perhatian bahawa platform kini hanya akan mendokong dalam satu bahasa - Inggeris. Ini adalah perlu agar pengguna kami dari seluruh dunia tidak akan mencipta berdozen permintaan untuk ciri yang sama dalam semua bahasa.

Kami akan melancarkan kemampuan untuk pengguna menyarankan ciri baru dan melapurkan kutu secara berperingkat dan memastikan setiap cadangan/lapuran mendapat perhatian sewajarnya. Semua pengguna Telegram boleh melihat entri yang ada dan mengundi mereka.

Dan itu sahaja untuk hari ini, kita jumpa lagi pada tahun 2021 atau setelah kami siap membina ciri besar seterusnya - mana yang lebih dahulu.


23 Disember, 2020
Pasukan Telegram


Nota. Akhir tahun biasanya merupakan masa untuk melihat kembali 12 bulan yang lalu. Sebaliknya, pengasas kami Pavel Durov baru saja mengumumkan strategi untuk kelastrian Telegram, untuk terus memberi anda ciri hebat untuk beberapa dekad akan datang.

Berita Lain

برامج الشركاء، البحث عن الملصقات المدعوم بالذكاء الاصطناعي، الكولّاجات، والمزيد

اليوم، نحن نقدم أخبارًا مثيرة لمبدعي المحتوى ومطوري التطبيقات المصغرة على تيليجرام. أصبح لدى المبدعين الآن طريقة بسيطة لتحقيق الدخل من…
4 Dis 2024

التطبيقات المصغرة 2.0: وضع ملء الشاشة، أيقونات الشاشة الرئيسية، تحديد الموقع الجغرافي و١٠ ميزات أخرى

نطلق اليوم أكبر تحديث في تاريخ التطبيقات المصغرة، حيث قمنا بإضافة دعم لـ وضع ملىء الشاشة،…
17 Nov 2024

مقاطع الفيديو المحسنة والمزيد الكثير

يضيف تحديث اليوم تحميلًا أسرع وجودة أفضل وأدوات تحكم جديدة في السرعة لمقاطع الفيديو، وطوابع زمنية لآخر تعديل، وإرفاق الوسائط بالرسائل المرسلة، وحدود أعلى للتطبيقات الصغيرة، وخيارات…
31 Okt 2024

الهدايا، منصة التحقق والمزيد

يمكن لمستخدمي تيليجرام الآن إرسال الهدايا إلى أصدقائهم، ويمكن لمستلمي الهدايا عرضها على صفحات ملفاتهم الشخصية أو تحويلها إلى نجوم. يمكن استخدام نجوم تيليجرام بطرقٍ متعددة، بما في ذلك…
5 Okt 2024