Reaksi, Spoiler, Terjemahan dan Kod QR

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Reaksi, Spolier, Terjemahan dana Kod QR

Kemaskini Telegram ke 12 untuk tahun 2021 memperkenalkan reaksi, terjemahan mesej, kod QR bertema, teks tersembunyi (spoiler), dan lagi.

Reaksi

Telegram adalah aplikasi pemesejan pertama yang memperkenalkan emoji beranimasi dan emoji berinteraktif, membolehkan pengguna cara yang tiada tandingnya untuk meluahkan perasaan dalam bual. Hari ini setengah dari emoji ini tersedia sebagai reaksi untuk berkongsi perasaan dan maklum balas – tanpa mengirim apa-apa mesej.

Tekan dua kali pada mesej untuk kirim reaksi pantas👍. Untuk banyak lagi reaksi seperti 😁 🎉 😱 🔥 👎, tekan sekali pada mesej (atau tekan dan tahan, jika di iOS). Setiap reaksi menampilkan animasi unik yang tersendiri.

Anda boleh tukar reaksi paras asal anda kepada emoji yang lain di Aturan. Android: Aturan Bual > Reaksi Cepat. iOS Stiker dan Emoji > Reaksi Cepat.

Reaksi sentiasa dibuka di bual peribadi. Dalam grup dan saluran, pentadbir akan tentukan samada akan dayakan reaksi dan pilih emoji reaksi mana yang tersedia dalam bual. Ini membolehkan banyak cara berbeza untuk mendapatkan maklum balas – dari yang mudah seperti ❤️ hingga ke sistem pujian 👍 dan kurang suka 👎, dan seterusnya.

Pentadbir boleh mengawal reaksi melalui Halaman Info > Sunting > Reaksi grup atau saluran mereka. Untuk lagi opsyen maklum balas, cuba komen saluran dan undian kami yang canggih.

Spoiler

Untuk bincang nasib Bujang Lapuk atau Do Re Mi tanpa mengacau kesoronokan yang dikecapi penonton, pilih mana-mana bahagian teks anda bila menaip dan pilih Pemformatan 'Spoiler' baru. Ini akan menyorok bahagian mesej yang dipilih di bual, dan juga di senarai bual dan notifikasi.

Bila anda telah bersedia untuk melihat apa yang disorok, tekan pada spoiler untuk pamirkan teks.

Terjemahan Mesej

Lebih dari setengah bilion manusia di seluruh dunia mengguna Telegram bukan sahaja untuk berhubung dengan rakan dan ahli keluarga, tetapi juga untuk berbual di grup awam dan berkongsi konten dalam semua bahasa yang boleh dibayangkan. Kini anda boleh menterjemah mana-mana mesej ke bahasa lain, secara terus dari dalam aplikasi.

Mendayakan Terjemahan di Aturan > Bahasa akan menambah butang Terjemah khusus ke menu konten bila memilih mesej. Anda juga boleh mengecualikan mana-mana bahasa yang anda fasih bertutur – di mana butang terjemah akan disembunyikan untuk mesej tersebut.

Terjemahan tersedia di semua peranti Android yang menyokong Telegram, tetapi memerlukan iOS 15+ pada peranti Apple. Senarai bahasa tersedia adalah berdasarkan pada sistem operasi fon anda.

Kod QR Bertema

Anda boleh menjana kod QR untuk mana-mana pengguna yang mempunyai nama samaran awam. Ini juga berfungsi untuk grup, saluran dan bot, menjadikan ianya mudah untuk tunjuk blog yang anda sukai atau kelab peminat.

Tekan pada ikon kod QR baru berdasarkan nama samaran seseorang (atau bual pada halaman info), pilih warna dan corak yang paling sesuai, kemudian cetak, pos atau kongsi kod QR anda ke aplikasi lain.

Kod QR untuk nama samaran anda sendiri boleh diperolehi di Aturan.

Menu Baru untuk macOS

Kami telah reka semula semua menu di Telegram untuk macOS – menambah panduan jalan pendek dan memperkenalkan ikon beranimasi yang cantik untuk setiap perkara dalam aplikasi.

Lagi Emoji Berinteraktif

Juruanimasi kami juga memperkenalkan versi interkatif baru 🔥 😁 🤩 😢 😭 😱 ❄️. Kirim mana-mana emoji di bual 1-dengan-1, kemudian tekan untuk lepaskan kesannya kepada anda dan rakan bual anda.

Jutaan terima kasih kepada semua kerana menjadikan 2021, tahun yang menakjubkan. Kami akan terus berusaha gigih untuk menjadikan tahun 2022 jauh lebih baik. 🎉


30 Disember 2021
Pasukan Telegram

Berita Lain

스타 경품 및 기타

오늘 업데이트로 그룹과 채널은 경품 행사에서 Telegram Stars를 상품으로 사용할 수 있습니다. 또한, Telegram 브라우저에서 여는 모든 기사를 이제 Instant View로 변환할 수 있어 읽기 편리합니다.
6 Sep 2024

슈퍼 채널, 스타 반응 및 구독

오늘은 텔레그램의 11주년입니다. 사용자가 콘텐츠 제작자를 지원할 수 있도록 하는 스타 반응 및 스타 구독, 봇 및 비즈니스 계정을 위한 유료 미디어, 그리고 관리자가 다른 채널이나 개인 프로필로 게시할 수 있는 새로운 텔레그램 채널 모드를 만나보세요.
14 Ogo 2024

텔레그램 브라우저, 미니 앱 스토어, 선물 별 등

오늘 업데이트에서는 여러 탭을 지원하는 새로운 인앱 브라우저와 거의 10억 명의 사용자에게 Web3를 제공하는 기능, 인기 미니 앱이 포함된 미니 앱 스토어, 친구에게 스타 선물을 할 수 있는 기능, 스토리를 위한 날씨 위젯 등 다양한 기능이 추가되었습니다.
31 Jul 2024

미니 앱 바, 미디어 광고, 스토리 검색 등 더 보기

6월 업데이트에서는 미니 앱을 최소화하여 컴팩트 바로 만드는 방법을 추가하고, 콘텐츠 제작자가 유료 사진 및 동영상으로 채널을 수익화할 수 있도록 도우며, 해시태그 또는 위치로 검색하고 새로운 링크 위젯을 도입하여 스토리를 개선할 수 있게 됩니다.
30 Jun 2024